Flood News?

On the way to the office, just as I was crossing the Sg Besi toll plaza (where a massive jam was just starting that delayed my journey by 30 mins!) I received an SMS from an old friend from school, Dr Azlee. He works at the Segamat Hospital in Johor.

His SMS read “is there any form of insurance that covers floods?”.  Basically, he was concerned on the recent floods that hit Johor recently, though he was not a victim, many of his staff were.

Dr Azlee promised me that he would send an email to depict his personal experience on how the recent floods wiped out personal assets and made a horrendous effect on peoples lives.

Once I receive his email, I will upload it here.

Advertisements
Comments
One Response to “Flood News?”
  1. Dr Azlee Ahmad says:

    Aku baru balik dari um hari ni. Baru sempat taip e mail ni. aku kerja kat hospital segamat ni for almost two years already. aku pun memang orang segamat. Actually every year ada banjir di segamat but the flood on 19th december is the worst we ever experienced. some of the rescuer ( tudm, bomba, polis, pertahanan awam) call it tsunami kecil. semuanya bermula 3 hari sebelum 19 dec tu. hujan tak berhenti2 turun. akhirnya atas kuasa tuhan seperti tak tertanggung lagi air naik secara mendadak. 3 jam lebih kurang masanya untuk menenggelamkan bandar segamat dan terus melumpuhkan segala aktiviti dan perhubungan dari luar baik dari utara dan selatan. lebih kurang 2 hari tiada bekalan makanan dapat masuk ke segamat. bekalan air dan eletrik turut terputus. bandar segamat teruk dilanda banjir kali ni. kebanyakan mangsa terpaksa naik ke atas bumbung rumah untuk menyelamatkan diri. ketika itu, hanya nyawa dalam fikiran mereka samada sendiri mahupun kaum keluarga. mereka tidak dapat pergi ke pusat pemindahan seawal mungkin kerana arus banjir kali ini amat kuat. banyak bot pasukan penyelamat yang terbalik pada 2 hari pertama banjir (19 dan 20 hb). so, kebanyakan mangsa tidak dapat makan walau sebutir nasi pun atau seteguk air pada 2 hari pertama itu. anak kecil menangis dahagakan susu. Aku yang terputus hubungan inipun hanya dapat makan sardin selama masa banjir itu. Bantuan sedikit demi sedikit dapat datang ke pusat2 banjir. terima kasih buat semua pihak yang membantu baik dari agensi kerajaan ataupun pihak swasta. Pada aku, bantuan tetap dapat sampai walaupun ada sesetengah mangsa mengadu agak lambat. pada banjir kali ini, hospital telah dijadikan antara tempat pendaratan helikopter memandangkan lokasinya yang agak tinggi. kes pertama kami terima menerusi bantuan udara ini adalah seorang wanita muda yang mahu melahirkan anak pertama. hampir2 wanita itu melahirkan anaknya di heli nuri. Ini kerana wanita itu terpaksa menaiki bot penyelamat terlebih dahulu ke helipad terdekat sebelum dibawa ke hospital dengan heli. Kami juga bersiap sedia untuk menerima mayat mangsa terkorban dengan banjir (juga melalui heli). 3 mangsa pertama korban banjir datang dari segamat. 2 daripadanya warga emas yang tak sempatmenyelamatkan diri dari arus kuat banjir.

    terlalu banyak pengalaman untuk diceritakan. berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. kebanyakan rakan2 sekerja yang dilanda banjir hanya tinggal sehelai sepinggang. yang ada 2,3 kereta kira dah takde keta jela. peralatan rumah habis dihanyut air. kerosakan harta benda memang terlalu besar. anak2 pergi ke sekolah tanpa baju sekolah ataupun buku teks sekolah.namun ada antara mereka masih bersyukur kerana masih bernyawa lagi. mereka redha kerana semua ini ujian atau mungkin balasan dari tuhan atas dosa2 mereka.

    atas semangat persaudaraan sesama manusia, kepada mereka yang berkemampuan dapatlah menyumbang sedikit sebanyak bantuan kepada mangsa2 banjir di malaysia ini dalam apa bentuk sekalipun. semoga bantuan dapat meringankan beban yang mereka hadapi sekarang. Terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: